Final Piala Malaysia: KL City FC ‘Titik’ Johor Darul Ta’zim Dengan Kemenangan Bergaya

Zhafri arif Final Piala Malaysia: KL City FC 'Titik' Johor Darul Ta'zim Dengan Kemenangan Bergaya
Foto: Official Johor
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Pertembungan akhir pentas Piala Malaysia 2021 menyaksikan KL City FC menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim ditewaskan KL City FC dengan keputusan 2-0.

Awal minit permainan, JDT bermula garang apabila rembatan deras Bergson Da Silva menghangatkan suasana di Bukit Jalil. Malangnya rembatan itu terkena tiang gol KL City FC sekaligus menyebabkan peluang mencari gol awal tergendala.

Advertisements

Pada minit ke-38 permainan, sepakan percuma daripada Safawi Rasid berjaya ditanduk cantik oleh Mauricio. Namun begitu, kecekapan Kevin Ray Mendoza tidak dapat disangkal apabila berjaya menempis bola keluar.

Perlawanan separuh masa pertama tamat tanpa jaringan sungguhpun penguasaan lebih terarah kepada JDT.

Advertisements

Babak kedua perlawanan rancak apabila kedua-dua pasukan mula mencari rentak mengatur serangan untuk menjaringkan gol.

Gol pembukaan perlawanan hadir pada minit ke-66 apabila hantaran cantik Partiban kemas disempurnakan Zhafri Yahya. Ledakan deras Zhafri Yahya gagal diselamatkan, kapten JDT Farizal Marlias.

Advertisements

Pada minit-74 permainan, kapten pasukan KL City FC, Paulo Josue hadir menceriakan penyokong kota raya apabila beliau menyepak masuk bola hantaran Ryan Lambert. Gol kedua pasukan KL City FC itu sekaligus meranapkan impian Harimau Selatan.

Laungan serta sorakan KL City Boys sedikit sebanyak membantu kecemerlangan pasukan KL City FC menjulang piala berprestij ini. Penantian 32 tahun Kuala Lumpur berakhir dengan kemenangan bersejarah di Bukit Jalil malam ini.

Advertisements