Fisioterapi Selangor FC Kongsikan Kisah Transformasi Menakjubkan Shahrel Fikri
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Helber Richard merupakan seorang Fisioterapi Selangor FC yang terlibat dalam proses pemulihan penyerang utama mereka iaitu Muhammad Shahrel Fikri bin Md Fauzi. Beliau ada berkongsi tentang perubahan pada pemain tersebut yang tular di media sosial baru-baru ini di laman Instagram rasminya.

Penyerang berusia 26 tahun itu menjalani pembedahan akibat patah tulang Maisonnaive iaitu patah pergelangan kaki yang memaksa beliau untuk diketepikan daripada pasukan utama.

Walau bagaimanapun, menurut penjelasan Richard, tempoh pemulihan daripada sesuatu kecederaan jangka panjang menyebabkan mereka mempunyai lebih masa untuk memaksimumkan potensi dan bakat lain yang ada dalam diri seseorang atlet.

Advertisements

Beliau juga turut menjelaskan, dalam situasi kecederaan seperti yang dialami oleh Shahrel, amat penting untuk mereka mengetahui semua fasa rehabilitasi atau pemulihan yang perlu dijalani oleh seseorang atlet. Ia bermula daripada fasa awal pemulihan sehinggalah kepada fasa untuk mereka kembali bermain semula.

Richard turut menekankan tentang kepentingan beberapa aspek seperti fizikal, psikologikal, sosial dan juga faktor-faktor berkait akan menjadi satu faktor yang amat penting dalam menentukan keberhasilan sesuatu proses pemulihan oleh atlet.

Video Insiden Kecederaan Shahrel Fikri

Advertisements

Tambahnya lagi, pemain pada masa ini ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai proses pemulihan yang bakal ditempuhi oleh mereka.

“Atlet sekarang ingin mengetahui dengan lebih dekat bagaimana proses pemulihan itu berjalan.”

Mereka juga ingin bergiat aktif dalam bersama-sama melalui proses pemulihan. Oleh yang demikian, hubungan yang erat perlulah dibentuk antara pakar terapi dan juga atlet sepanjang proses ini berlangsung.

Advertisements

Beliau turut menekankan peranan yang perlu dimainkan oleh setiap badan dalam memperkasa dan mengawal selia terutamanya yang melibatkan kualiti dan nutrisi yang perlu dibekalkan kepada atlet.

Hal ini bagi memastikan mereka dapat menampilkan persembahan yang sama atau jauh lebih baik seperti yang ditampilkan sebelum kecederaan berlaku.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram