Dunia
Getty Images
Advertisements

Ben Brereton adalah seorang penyerang yang bermain untuk kelab Blackburn Rovers dalam saingan EFL Championship. Pemain berusia 22 tahun ini mendapat panggilan antarabangsa daripada skuad kebangsaan Chile buat pertama kali pada bulan Jun yang lalu untuk aksi Copa America 2021.

Namun kisah bagaimana pemain kelahiran England ini kemudiannya menyarung jersi skuad kebangsaan Chile amat menarik sekali. Ini kerana Ben Brereton mula dikenali menerusi siri permainan video Football Manager.

Ben Brereton pernah mewakili skuad Bawah 19 Tahun England bersama-sama pemain seperti mason Mount. Ben dilahirkan di Stoke dan bapanya pula merupakan warganegara England manakala ibunya dilahirkan di Chile menurut Goal.

Advertisements
Ben Brereton Blackburn F365 Kisah Ben Brereton Mewakili Skuad Kebangsaan Chile Kerana Bantuan Permainan Video Football Manager
Ben sewaktu bermain untuk Blackburn Rovers

Mark Hitch yang bekerja untuk Football Manager bagi skuad Blackburn Rovers menyedari bahawa ibu Ben Brereton merupakan warganegara Chile. Beliau kemudiannya mengemaskini status kewarganegaraan kedua Ben Brereton kepada warganegara Chile setelah brereton memberitahu “Secara teknikalnya saya boleh mewakili Chile kerana ibu saya merupakan orang Chile”.

Tidak lama selepas itu, Instagram Brereton telah dipenuhi oleh penyokong Chile yang memberi komen dengan meletakkan bendera negara Chile. Ada juga yang memberi komen “Brereton untuk Chile” dan “Kamu (Brereton) perlu bermain untuk Chile”’

Ini kerana beberapa pemain permainan video Football Manager mengetahui tentang kelayakan Brereton menerusi data beliau dalam Football Manager 2021. Salah seorang penggemar Football Manager kemudiannya menjumpai Ben sewaktu bermain pada pukul 5 pagi. Beliau kemudiannya memberitahu beberapa kawan sepermainan yang lain dan turut menghubungi pembantu penyelidik Football Manager untuk Chile bagi mendapatkan kepastian.

Advertisements
Debut pertama Ben bersama Chile

Menurut talksport, mereka mengambil keputusan untuk mendedahkan lagi tentang kelayakan Ben sehinggalah berita tersebut terpampang di surat khabar negara Chile. Lalu seorang wartawan menghubungi Ben Brereton bagi mendapatkan kepastian tentang berita tersebut. Akhirnya Ben Brereton dikenali oleh penyokong bola sepak negara Chile.

Penyerang Blackburn itu akhirnya dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan Chile pada Jun lalu dalam saingan Copa America. Debut Ben bersama Chile ketika itu adalah menentang pasukan Argentina yang dipimpin oleh Lionel Messi.

Ben meraikan jaringan beliau untuk Chile

Ben Brereton tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama beliau buat Chile apabila meledak gol seawal minit ke 10 permainan pada perlawanan kedua beliau bersama Chile menentang Bolivia.

Advertisements

Kini Ben telah menjaringkan 3 gol dan mencipta 1 assist dalam 8 penampilannya bersama Chile. Malah Ben kini dikenali sebagai Ben Brereton Diaz bagi menzahirkan bahawa beliau mempunyai darah Chile menerusi ibunya.

Penyelidik Football Manager untuk Blackburn Rovers, Mark Hitch dan beberapa penggemar Football Manager telah menjadi dalang utama dalam membantu Ben Brereton mewakili negara Chile. Siapa sangka pemain yang lahir di England ini akhirnya bermain untuk negara Chile.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram