Foto Terbaru Luqman Hakim Berbaju Selangor Jadi Perhatian
Transfer
LuqmanSham
Advertisements

Khabar mengenai bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus menjadi perhatian apabila beliau dikesan berbaju selangor ketika menjalani latihan persendirian.

Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad bawah 23 tahun negara dan kini memasuki tahun ke-4 di Eropah.

Beliau sebelum ini dipinjamkan ke kelab Liga Iceland bersama Njardvik FC tidak berlangsung seperti yang diharapkan.

Advertisements

Setelah beberapa bulan di sana, beliau difahamkan menamatkan tempoh pinjaman atas persetujuan berska selain faktor minit permainan menjadi keutamaan beliau.

Anak jati Kelantan ini dikatakan sudah kembali ke kelabnya di Belgium, KV Kortrijk namun desas-desus mengenai kepulangannya ke Malaysia masih hangat diperkatakan.

Sebelum ini, Luqman pernah memberitahu bahawa beliau bersedia untuk kembali ke Asia namun menyimpan hasrat untuk berkelana ke liga yang lebih kompetitif seperti Korea, Jepun dan Thailand.

Advertisements

Baru-baru ini, tular klip yang menunjukkan Luqman sedang melakukan latihan persendirian untuk mengekalkan tahap kecergasannya namun baju yang dipakai oleh pemain ini menjadi perhatian.

Beliau dikesan memakai baju pasukan Selangor FC sungguhpun tertera di belakang baju milik Zikri Khalili.

Peminat mula mengaitkan beliau dengan bekas pasukannya namun belum ada sebarang jawapan daripada pemain tersebut.

Advertisements

Luqman baru-baru ini pulang ke Malaysia bagi menjalani latihan bersama skuad muda negara di bawah kendalian Juan Torres sebagai persediaan ke Piala Asia B-23 tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram