Frank Lampard Dipecat
Dunia
talksports
Advertisements

Pasukan Liga Perdana Inggeris, Everton telah memecat pengurus mereka, Frank Lampard selepas kekalahan 0-2 kepada West Ham pada Sabtu lalu. Kekalahan tersebut menyebabkan mereka terperosok di tangga ke-19 dalam serta tanpa kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir mereka.

Pemecatan Lampard dilakukan selepas pemilik Everton, Farhad Moshiri menghadiri perlawanan pertamanya sejak Oktober 2021 serta menjadi saksi kelab miliknya alamu kekalahan ketiga berturut-turut mereka dalam liga.

Lampard yang turut merupakan bekas pengurus Chelsea, hadir ke Everton pada Januari 2022 dan kehadiran Lampard berjaya membantu Everton daripada jatuh ke divisyen kedua. Namun persembahan Everton yang kurang baik musim ini selepas hanya menang tiga kali sahaja sudah tentu membuatkan pemilik Everton hilang sabar.

Advertisements

Beberapa nama besar sedang dikaitkan untuk mengambil alih tugas yang ditinggalkan Frank Lampard di Everton. Bekas pengurus Burnley, Sean Dyche adalah antara calon utama selain Thomas Frank dari Brentford. Nama bekas pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa juga dilaporkan disenarai pendek.

Untuk rekod, Everton di bawah kendalian Lampard hanya menang tiga perlawanan, seri enam kali dan kalah sebelas kali musim ini. Selain itu ketumpuan penyudah juga menjadi isu yang besar buat Everton apabila hanya 15 gol dijaringkan dalam 20 perlawanan liga yang diharungi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram