Gabriel Palmero: Belum Terlewat Untuk Mula Semula
MakanBola
Malaysia NT

Pertahanan Harimau Malaya, Gabriel Palmero tidak sabar untuk memulakan penggembaraan bersama Kuching City.

Kuching City mengumumkan ketibaan Gabriel Palmero pada Isnin lalu selaku rekrut ke-3 kelab dari Sarawak itu di jendela perpindahan kedua untuk memperkuat benteng pertahanan pasukan.

Menerusi satu hantaran di laman Instastory, Gabriel Palmero tampak bersemangat untuk memulakan sesi latihan bersama pasukan baharunya di bawah kendalian jurulatih, Aidil Sharin.

Malah, Palmero sempat meninggalkan kata-kata semangat yang mengingatkan bahawa masih belum terlewat buatnya bagi kembali memulakan karier bola sepak setelah apa yang berlaku.

”Masih belum terlambat untuk bermula semula,” tulis Gabriel Palmero.

Instastory Palmero Gabriel Palmero: Belum Terlewat Untuk Mula Semula
Instagram: Gabriel Palmero

Sebagai rekod, Gabriel Palmero telah digantung oleh FIFA sejak bulan September lalu gara-gara skandal pemalsuan dokumen sekaligus menyaksikan beliau tidak beraksi untuk hampir 6 bulan.

Penampilan pertama Palmero dan Kuching City dijangka akan dapat ditonton dalam aksi suku akhir kedua berdepan DPMM pada Sabtu, 14 Februari ini di Stadium Negeri, Kuching.

Claim Money Packet TnG