Perbuatan sia-sia sebilangan penyokong bola sepak Malaysia mengundang padah apabila masing-masing menerima hukuman yang setimpal.
Kejadian yang difahamkan berlaku di perkarangan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan kemusnahan awal berlaku selain beberapa individu cedera parah.
Menerusi beberapa keping gambar yang tular di laman sosial, kelihatan sebuah kenderaan jenama Honda remuk pada bahagian belakang difahamkan susulan tindakan luar kawalan penyokong.
Laporan daripada Utusan TV memaklumkan bahawa seramai 7 orang penyokong terlibat dalam pergaduhan tersebut.
Kejadian ini berlaku pada aksi Liga Super 2023 baru-baru ini melibatkan The Red Giants dan juga Perak FC.
Keputusan mahkamah menetapkan bahawa individu yang terlibat dikenakan hukuman denda RM2000.
Tindakan ini juga bakal mencemarkan nama baik kedua-dua pasukan menjelang penutup musim 2023.