Kereta Pecah, Muka Berdarah, Kekecohan Berlaku Di Stadium MBPJ?
MakanBola
Potatoesxm
Sponsors

Keadaan tidak diinginkan difahamkan berlaku di perkarangan Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya (MBPJ) sebelum perlawanan antara pasukan Selangor dan Perak FC.

Aksi Liga Super ke-24 itu menyaksikan anak didik Tan Cheng Hoe merakamkan kemenangan 4-0 untui mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga.

Ad

Keadaan tidak diingini bagaimanapun kekal terjadi di luar kawalan stadium selain difahamkan berlaku sebelum sepak mula jam 5:30 petang berlangsung.

Ad

Menerusi beberapa perkongsian di laman sosial, kelihatan sebuah kereta Honda mengalami kerosakan teruk selepas ada kesan hempasan batu.

Selain itu, terdapat juga keadaan dua pemuda yang berlumuran darah kelihatan di sisi kereta tersebut namun masih tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung perkara ini.

Ad

Kejadian ini difahamkan sudah pun sampai kepada pengetahuan pihak berkuasa untuk tindakan lebih lanjut.

Ad

Selangor sebelum ini juga sudah pun didenda oleh FAM setelah didapati gagal untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Antaranya ialah melibatkan cermin kereta Pegawai Perlawanan pecah, insiden baling botol dari tempat duduk penonton ke arah Pegawai Perlawanan, insiden baling botol oleh pegawai Selangor FC ke arah Kumpulan Pengadil di dalam terowong semasa bergerak ke bilik persalinan dan gagal memastikan keselamatan Kumpulan Pengadil selepas perlawanan.