“Selangor Perlu Pastikan Dapat Nombor Dua” – Tan Cheng Hoe
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Dengan perlawanan Liga Super berbaki dua perlawanan, Tan Cheng Hoe mengharapkan Selangor FC dapat mengekalkan kedudukan kedua sehingga akhir musim.

Selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sah bergelar juara liga, perebutan naib juara masih terbuka antara Selangor dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Sekiranya Kedah berjaya meraih kemenangan ke atas Kelantan FC malam ini, kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dua mata untuk dua perlawanan terakhir liga.

Advertisements

Justeru, Cheng Hoe mahu anak-anak buahnya fokus dan memastikan kedudukan kedua Liga Super dapat diraih pada akhir musim ini.

“Ya, kita kena terus berusaha. Kita kena fokus untuk pastikan kita dapat nombor dua. Tapi ada satu atau dua perlawanan yang cukup penting (iaitu) perlawanan seterusnya menentang Kedah dan PDRM.

Advertisements

“Kita perlu lebih fokus, lebih yakin dan kerja keras untuk pastikan kita bersedia dari segi penyediaan pasukan,” katanya dalam temubual selepas perlawanan bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Pasukan yang bergelar naib juara Liga Super musim ini akan layak ke saingan Liga Juara-Juara 2 (ACL2) AFC selepas JDT meraih gelaran juara Piala FA 2023.

Advertisements

ACL2 merupakan nama baru Piala AFC selepas dijenamakan semula oleh badan induk bola sepak Asia itu untuk musim 2024-2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram