Gandingan Faisal Halim & Safiq Rahim Cukup Sempurna

Safiq Rahim Faisal Halim 1 Gandingan Faisal Halim & Safiq Rahim Cukup Sempurna
Foto: TM Team Malaysia
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Perlawanan persahabatan antarabangsa yang melibatkan pasukan Malaysia dan Hong Kong berkesudahan dengan keputusan positif buat Malaysia, menundukkan pasukan Hong Kong dengan jaringan 2-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan dua gandingan berbisa, Faisal Halim dan Safiq Rahim melengkapkan malam gemilang buat kem Harimau Malaya. Faisal dan Safiq yang masuk pada babak kedua permainan telah menyumbang kepada gol kedua pasukan.

Advertisements

Pada minit ke-88 permainan, gelecekan lincah pemain bertubuh kecil, Faisal Halim telah memaksa pertahanan pasukan Hong Kong mengasari beliau. Kekasaran itu telah memberikan sepakan percuma buat Malaysia.

Pakar freekick negara, Safiq Rahim bertindak cemerlang memastikan peluang keemasan itu dimanfaatkan sebaik mungkin. Percubaan versatile Safiq cantik meluru masuk ke gawang dan menggegar jaring pasukan Hong Kong.

Advertisements

Dua tonggak ibarat junior dan senior yang cukup sempurna ini telah menyerikan lagi corak permainan pasukan kebangsaan dalam perlawanan malam semalam. Mereka beberapa kali berjaya melakukan hantaran satu dua dan lorongan-lorongan cantik Safiq buat Faisal. 

Keserasian dua pemain ini turut dapat dilihat ketika masing-masing diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan ketika Malaysia menentang Brunei tempoh hari. Percaturan Kim Pan-gon yang menggandingkan dua pemain ini amat berbaloi. 

Advertisements

Khidmat Safiq dan Faisal semestinya akan terus ditagih kem Harimau Malaya menjelang pertembungan sebenar, pentas Kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal bermula pada 8 Jun. Malaysia akan bertemu Turkmenistan dalam perlawanan pertama saingan peringkat kumpulan Rabu depan.