Advertising
Gandingan Josh Brownhill & Zian Flemming ‘Gegar’ Carrow Road
MakanBola
Burnley FC

Gandingan dua pemain warisan Malaysia, Josh Brownhill dan Zian Flemming membantu Burnley naik ke tangga ketiga Liga Kejohanan.

Ini selepas The Clarets meraih kemenangan ke atas Norwich City dalam aksi liga yang berlangsung di Carrow Road pada 15 Disember lalu.

Ad

Jhon Cordoba meletakkan tuan rumah di hadapan pada separuh masa pertama. Norwich City berusaha mendapatkan jaringan tambahan menerusi gandingan Ante Crnac, Oscar Schwartau dan Borja Sainz.

Ad

Malangnya, setiap percubaan Norwich kerap digagalkan hasil kecekapan graduan akademi Manchester City, James Trafford.

Momentum The Clarets berubah pada separuh masa kedua apabila pengurus pasukan, Scott Parker memasukkan Hannibal Mejbri, Josh Laurent dan Flemming sebagai pemain gantian.

Ad

Kebangkitan Burnley bermula apabila pemain tengah menyerang berusia 26 tahun itu meledakkan rembatan jarak jauh pada minit ke-68. Lapan minit selepas itu, Brownhill memastikan kemenangan milik pelawat menerusi gol ketujuhnya musim ini.

Ad

Keputusan ini menyaksikan The Clarets kini meraih 41 mata di tempat ketiga. Mereka dipisahkan empat mata dengan pendahulu liga, Sheffield United dan dua mata dengan Leeds United di tempat kedua.

Ad

Bisa duo berkenaan dijangka menyemarakkan lagi minat penyokong Harimau Malaya terhadap pemain-pemain warisan Malaysia yang beraksi di luar negara.

Ini termasuklah Brownhill selepas Transfermarkt memaklumkan pemain tengah berusia 28 tahun itu layak mewakili Malaysia menerusi neneknya.