Hiburan
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Bekas bintang Terengganu dan juga Kedah kini meraih perhatian ramai apabila beliau dilihat menyarung jersi JDT sewaktu menjalani latihan kecergasan.

Marcel Dechi menghabiskan dua tahun bersama Terengganu sebelum berpindah ke Kedah Darul Aman dan sempat bersama pasukan tersebut selama setahun.

Kini Marcel Dechi merupakan pemain baharu Kuching City setelah melengkapkan perpindahan pada bulan Jun yang lalu.

Advertisements

Hantaran story di laman Instagram milik beliau ternyata berjaya mencuri tumpuan ramai apabila beliau mengenakan jersi pesaing Liga Super iaitu JDT.

marcel dechi training Gelagat Bekas Bintang Kedah Sarung Jersi JDT Jadi Perhatian
Instagram @dechkani10

Agak janggal melihat pemain yang bermain buat sesebuah pasukan menyarung jersi pasukan lain yang turut beraksi dipentas yang sama iaitu dalam Liga Super Malaysia.

Advertisements

Pemain berusia 31 tahun itu merupakan pemain tengah yang turut mampu beraksi selaku pemain tengah bertahan.

Marcel Dechi yang kini sudah 5 tahun berada di Malaysia sejak menyertai pasukan Uitm FC pada tahun 2019 pernah dikaitkan dengan program naturalisasi pasukan kebangsaan Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram