Gelagat ‘Comel’ Nafuzi Zain Kena Botak Licin Buat Penyokong Terhibur
Dunia
MakanBola
Flash Sukan & Terengganu FC
Advertisements

Gelagat Ketua Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain mencuri tumpuan apabila beliau dilihat sedang dibotakkan kepala oleh para pemain Terengganu FC susulan kemaraan ke pentas akhir semalam.

Pengendali berusia 43 tahun bersama-sama pembantu jurulatih, Zulfadli itu difahamkan telah berjanji kepada para pemain untuk membotakkan kepala sekiranya mereka berjaya melakar kemenangan ke atas Selangor pada pentas separuh akhir malam tadi.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung begitu sengit apabila pasukan pelawat berjaya membuka tirai jaringan sebelum dinafikan oleh Faisal Halim untuk gol penyamaan.

Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat sekaligus memaksa perlawanan ditentukan oleh sepakan penalti.

Advertisements

Ketangkasan Rahadiazli menafikan dua sepakan penalti Selangor telah mengesahkan kemaraan Terengganu sekaligus menamatkan penantian selama 8 tahun.

Berdasarkan satu klip video, sejurus selepas tamat perlawanan, Nafuzi dan Zulfadli terus dicukur rambut mereka oleh para pemain dan juga barisan pemain yang lain.

Advertisements

Situasi ceria dan gembira menyelubungi bilik persalinan pasukan tatkala hasrat untuk mara ke pentas akhir termakbul.

Malah, para pemain ini juga dilihat menikmati detik indah dan bersejarah buat pasukan dalam usaha untuk merangkul Piala FA kali ini.

Advertisements

Hal ini juga berjaya memberi harapan dan juga kegembiraan kepada kira-kira 35,000 orang penyokong yang membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.

Terengganu bakal berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, Rabu ini bagi menentang JDT bagi aksi Liga Super.

Advertisements

News Comments Account