Ads
Georgia Terima Ganjaran RM50 Juta
Eropah
Georgia FF

Skuad Georgia mendapat durian runtuh berjumlah £8.4 juta (RM50 juta) selepas berjaya menewaskan Portugal dalam aksi terakhir Kumpulan F EURO 2024.

Advertisements

Aksi terakhir Kumpulan F menyaksikan kejutan dilakar The Crusaders ke atas A Selecao. Khvicha Kvaratskhelia dan Georges Mikautadze merobek ego Portugal menerusi gol pada minit kedua dan ke-57.

Advertisements

Dua gol tersebut sudah cukup untuk memacu Georgia layak ke pusingan 16 pasukan terbaik buat kali pertama dalam sejarah kejohanan.

Advertisements
Advertisements

BBC Sport melaporkan sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka, bekas Perdana Menteri Georgia, Bidzina Ivanishvili menyediakan ganjaran £8.4 juta (RM50 juta) buat anak buah Willy Sagnol itu.

Ivanishvili yang juga pengasas parti pemerintah negara itu, Georgian Dream – Democratic Georgia menyifatkan kemenangan ke atas Portugal sebagai satu detik bersejarah buat Georgia.

Advertisements

Jutawan berusia 68 tahun itu turut berjanji akan memberi ganjaran sebanyak £8.4 juta (RM50 juta) lagi sekiranya The Crusaders berjaya menewaskan Sepanyol dalam aksi pusingan 16 pasukan terbaik.

Georgian Dream – Democratic Georgia memaklumkan ganjaran tersebut akan disalurkan menerusi yayasan kebajikan yang dikendalikan Ivanishvili.

Advertisements

Georgia bakal berdepan Sepanyol pada awal pagi 1 Julai ini. Sekiranya berjaya mengatasi cabaran La Roja, anak buah Sagnol berpotensi menempa satu lagi detik bersejarah buat bola sepak Georgia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram