Gerard Piqué Bakal Ke JDT?
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas pertahanan kental Barcelona, Gerard Piqué dilaporkan akan tiba ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara ini mendapat liputan yang cukup meluas di media sosial apabila beliau difahamkan akan ke bumi Johor sungguhpun statusnya masih tidak dapat diketahui.

Pertahanan berusia 35 tahun ini merupakan produk Akademi La Masia telah menjadi antara salah satu pemain yang menjadi watak penting buat kelab dan negaranya.

Advertisements

Beraksi lebih 600 perlawanan di peringkat kelab dan lebih 100 aksi di peringkat antarabangsa, nama Pique kekal terpahat dalam kalangan generasi emas Sepanyol apabila membantu negaranya menjulang apiala Dunia pada tahun 2010.

Walau bagaimanapun, beliau dikaitkan ke kelab Harimau Selatan apabila salah seorang penyokong bola sepak JDT, Juan Budiman membuat satu hantaran di laman Twitternya.

Beliau mengatakan bahawa Pique antara salah seorang daripada tiga orang pemain luar yang bakal dibawa masuk oleh pasukan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, menerusi satu kenyataan oleh peminat bola sepak JDT, Farhan Khair beliau memaklumkan bahawa kehadiran Pique akan lebih mudah setelah beliau bersara.

Namun begitu, kehadiran bekas bintang Manchester United itu tidak dipastikan sama ada selaku tetamu atau sebagai pemain sehingga pengumuman lebih lanjut oleh kelab dibuat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram