Advertisement
Pasukan Gergasi Asia Dijamin Terliur Dengan Statistik Luar Biasa Arif Aiman
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kecemerlangan yang dipamerkan oleh pemain muda berbakat, Arif Aiman Hanapi amat mengagumkan sekaligus bakal membuka mata kelab gergasi Asia untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain sayap berusia 19 tahun itu menjadi watak penting kepada pasukan Harimau Selatan setelah beraksi dengan cukup baik di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Beliau berjaya mengekalkan persembahan konsisten sejak musim lalu dan kini menjadi sandaran utama Benjamin Mora di pentas terbesar itu.

Pemain kelahiran Maran, Pahang ini mendapat penilaian antara yang tertinggi dalam barisan pemain JDT iaitu sebanyak 6.95 daripada kesemua 6 perlawanan yang diturunkan.

unnamed file Pasukan Gergasi Asia Dijamin Terliur Dengan Statistik Luar Biasa Arif Aiman
Sofa Score

Beliau juga berjaya mencatatkan purata 51 hantaran dalam setiap perlawanan dengan 1.8 penciptaan peluang telah pun terhasil secara purata melalui kebijaksanaan pemain ini mengatur gerak di atas padang.

Bukan itu sahaja, pemain lincah ini memiliki ketepatan hantaran sebanyak 85% dalam setiap aksinya sambil turut cemerlang membantu bahagian pertahanan dalam sistem ’wing-back’ JDT.

Perlawanan terbaik Arif hadir ketika menentang Ulsan Hyundai tempoh hari yang menyaksikannya menjadi wira apabila hantaran leretnya ke dalam kotak penalti ditampan ke gawang gol sendiri oleh pertahanan kelab Korea itu.

Pada perlawanan itu, individu bertubuh kecil ini beraksi dalam kesebelasan utama dalam keadaan berpuasa selama 90 minit.

Ini tidak melemahkan semangat juangnya apabila menjadi antara pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Kebangkitannya pada separuh masa kedua telah membantu JDt untuk mengatasi Ulsan dengan keputusan 2-1.

Arif telah pun mencipta 4 peluang untuk menjaringkan gol dengan ketepatan hantaran sebanyak 78.6%.

Malah, pemain paling bernilai (MVP) liga Malaysia ini cemerlang untuk memenangi pertarungan bola sebanyak 5 kali berdepan lawan yang memiliki fizikal yang jauh lebih besar.

Peluang menentang kelab gergasi Asia sudah dimanfaatkan dengan baik oleh Arif dan tidak mustahil ada ’mata-mata’ yang sedang mempertimbangkan tandatangannya nanti.

Aiman Asia 1 Pasukan Gergasi Asia Dijamin Terliur Dengan Statistik Luar Biasa Arif Aiman
Sofa Score