Advertisement
Giancarlo Gallifuoco Dalam Radar Bojan Hodak
Transfer
MakanBola
Persib & KL City

Pertahanan kental Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco kini difahamkan sedang berada dalam pemantauan bekas jurulatihnya, Bojan Hodak untuk dibawa ke Indonesia.

Khabar ini tular sejak beberapa minggu lalu namun dikukuhkan menerusi perkongsian wartawan The Star, T. Avineshwaran yang mengesahkan perkara ini.

Pengendali kelahiran Croatia itu sudah berkelana di Indonesia bersama Persib Bandung dan berjaya melonjakkan kedudukan pasukan hingga ke tangga kedua liga.

Beliau difahamkan berminat untuk mendatangkan beberapa nama besar di Liga Super untuk memantapkan skuad sedia ada dengan nama pertahan Sabah FC, Gabriel Pires menjadi buruan.

Selain itu, khidmat dua bekas anak muridnya iaitu Giancarlo Gallifuoco dan juga Matko Zirdum difahamkan turut dimahukan oleh jurulatih tersebut.

Ketika ini, jendela perpindahan Liga 1 Indonesia baru sahaja dibuka dengan kelab mula aktif untuk mendapatkan muka baharu bagi meneruska baki saingan musim ini.

Pertahanan kelahiran Australia itu merupakan watak penting buat The City Boys sejak beberapa musim lalu.

Bintang berusia 29 tahun itu berjaya membantu KL City untuk mara ke tiga final dalam tempoh tiga tahun iaitu final Piala Malaysia (2021), final Piala AFC (2022) dan final Piala FA (2023).

Beliau juga sebelum ini telah menarik perhatian beberapa kelab di Liga India namun memilih untuk kekal berbakti bersama KL City musim ini.

Giancarlo baru sahaja selesai membantu pasukan beraksi di pentas separuh akhir Piala Malaysia namun disekat oleh Terengganu selain beliau juga ditimpa kecederaan.