Nenad Bacina Kongsi Status Kecederaan Giancarlo Gallifuoco
Piala Malaysia
IG giange_94
Advertisements

Kekalahan Kuala Lumpur City FC (KL City) kepada Terengganu FC dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia perlu dibayar dengan harga yang mahal apabila pertahanan tengah mereka, Giancarlo Gallifuoco terpaksa dikeluarkan lebih awal kerana kecederaan.

Insiden kecederaan yang menimpa pemain import dari Australia itu terjadi pada minit ke-73 selepas kepalanya bertembung dengan pemain gantian Terengganu, Argzim Redzovic.

Selepas menerima rawatan, Gallifuoco dilihat masuk semula ke padang untuk meneruskan permainan. Namun ianya tidak kekal lama selepas beliau minta untuk dikeluarkan dan digantikan oleh Kenny Palraj.

Advertisements

Selepas tamat perlawanan, pengendali KL City, Nenad Bacina berkongsi status kecederaan yang menimpa Gallifuoco yang kelihatan menahan sakit di bahagian muka.

“Itu bukan luka tetapi lebam. Beliau akan menjalani imbasan untuk melihat sama ada itu kecederaan keretakan pada tulang pipi atau tidak. Ini kerana beliau merasa tidak dalam keadaan baik buat masa ini. Harapnya, itu bukan kecederaan yang serius,” jelas Nenad Bacina kepada Astro Arena.

Advertisements

Mengulas kekalahan yang menimpa skuad kendaliannya kepada Terengganu, beliau melihat para pemainnya tertekan dari segi mental.

“Anda tahu para pemain berdepan kesukaran dari segi mental. Semasa rehat separuh masa, saya beritahu mereka jangan putus asa kerana saya yakin kita mampu menjaringkan gol. Saya kata kepada mereka, kita perlu kental di bahagian belakang. Kita perlu percaya kita boleh menjaringkan gol. Tetapi malangnya, itu tak berlaku,” tegas Nenad lagi.

Advertisements

Dengan kekalahan kepada Terengganu itu, kini fokus KL City hanya tertumpu kepada saingan Liga Super. Mereka kini menghuni tangga ke-7 Liga Super dengan mengumpul 31 mata. Dibezakan 5 mata dengan pasukan Terengganu di tangga ke-6.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram