Ads
Giancarlo Gallifuoco Lega Tamatkan Penantian 26 Tahun KL City
Liga Super
KL City FC

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco mengakui lega kerana membantu pasukan itu meraih kemenangan ke atas Selangor FC dalam tempoh 26 tahun.

Advertisements

Aksi terbaru Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras menyaksikan dua pasukan itu berentap untuk menentukan siapa pasukan jaguh Lembah Klang.

Advertisements

Kelebihan memihak kepada Selangor kerana pasukan itu meraih dua kemenangan ke atas The City Boys pada musim 2023.

Advertisements
Advertisements

Meskipun dibelenggu dengan isu luar padang, itu bukan penghalang buat KL City untuk tampil cemerlang dalam perlawanan. The City Boys meraih kemenangan menerusi jaringan pemain sayap Bosnia-Herzegovina, Jovan Motica pada minit ke-63.

Gallifuoco menyifatkan kemenangan ini cukup istimewa kerana aksi derby Lembah Klang merupakan antara perlawanan bola sepak yang terbesar di Malaysia.

Advertisements

Atas sebab itu, beliau gembira dapat membantu KL City meraih kemenangan pertama ke atas Merah Kuning dalam tempoh 26 tahun.

“Perlawanan ini (perlawanan KL City-Selangor) merupakan perlawanan terbesar di negara ini. Perlawanan ini merupakan perlawanan yang terbesar dalam liga.

“Dan kita menamatkan sumpahan selama 26 tahun. Jadi, pada akhirnya, buat kali pertama dalam tempoh 26 tahun, kita tewaskan Selangor,” katanya dalam temu bual selepas perlawanan yang disiarkan di Astro Arena.

Advertisements

Gallifuoco yang bergandingan dengan Kenny Pallraj di bek tengah turut memastikan KL City merekodkan rekod tanpa bolos yang kedua dalam liga musim ini. KL City ketika ini menduduki tangga keempat liga selepas empat perlawanan dengan tujuh mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram