Giancarlo Gallifuoco: Saya Bersyukur Buat Keputusan Berpindah Ke Malaysia
MakanBola
KL City FC
Sponsors

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco mengakui beliau amat bersyukur kerana memilih berhijrah ke Malaysia.

Sejak menyertai The City Boys pada 2021, Gallifuoco menikmati pengalaman berharga bersama pasukan itu.

Ad

Beliau bukan saja membantu KL City muncul juara Piala Malaysia 2021. Malah, Gallifuoco turut membantu The City Boys mara ke final Piala AFC 2022 dan Piala FA 2023.

Ad

Atas sebab itu, bekas pemain remaja Tottenham Hotspur itu cukup bersyukur kerana memilih berpindah ke Malaysia.

WhatsApp Image 2025 03 19 at 09.01.11 Giancarlo Gallifuoco: Saya Bersyukur Buat Keputusan Berpindah Ke Malaysia

“Semua, saya hanya mahu mengucapkan terima kasih. Lima tahun terakhir ini cukup menakjubkan dan saya tahu terdapat banyak lagi perkara indah dalam masa depan saya dan saya amat berterima kasih kepada anda semua,” katanya di Instagram Story.

Ad

“Ramai rakan sepasukan dan staf pasukan sudah menjadi seperti saudara, ramai penyokong yang hebat menjadi ahli keluarga tambahan.

Ad

“Terima kasih banyak untuk lima tahun yang penuh dengan kesyukuran! Saya teruja dengan masa depan bersama keluarga dan saya bersyukur kepada Tuhan setiap hari kerana kita memutuskan untuk berhijrah ke Malaysia. Saya bersyukur dan bersyukur.”

Ad

Gallifuoco sudah merekodkan 111 penampilan, empat gol dan satu bantuan gol bersama KL City. Beliau juga antara calon pemain naturalisasi yang berpotensi mewakili Harimau Malaya.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments