Advertising
Giancarlo Gallifuoco: Segalanya Kini Terletak Di Tangan FAM
MakanBola
Kuching City FC

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco menyerahkan keputusan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tentang hasratnya mewakili Harimau Malaya.

Bek tengah berusia 31 tahun itu dilihat antara calon berpotensi memperkuat Harimau Malaya di barisan pertahanan.

Ad

Ini kerana Gallifuoco sudah berada di Malaysia sejak tahun 2020, tahun sama beliau menyertai The City Boys.

Ad

Bekas bek tengah Melbourne Victory itu mengakui memiliki keinginan untuk mewakili Harimau Malaya. Ini kerana beliau melihat itu satu penghormatan untuk mewakili skuad negara.

Pada masa sama, beliau turut menyerahkan keputusan tentang perkara tersebut kepada FAM.

Ad

“Saya sudah mendengar khabar angin itu juga, ini tahun kelima saya (di Malaysia). Sudah tentu jika saya diberi peluang (mewakili Harimau Malaya), saya amat menyukainya kerana Malaysia rumah saya,” katanya kepada SNE Sports.

Ad

“Tapi itu saja khabar terkini yang saya ada. Itu terpulang kepada FAM dan (pengurusan) skuad kebangsaan untuk putuskan.

Ad

“Tetapi jika saya diberi penghormatan tersebut, saya cukup bersyukur kerana saya sayangkan Malaysia dan ini rumah saya.”

Sejak beraksi bersama KL City sejak 2020, Gallifuoco sudah merekodkan 107 penampilan, empat gol dan satu bantuan gol.