Giancarlo Gallifuoco Tetap Bangga Dengan Perjuangan Hebat KL City
Piala FA
KL City FC
Advertisements

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco tetap bangga dengan usaha yang ditampilkan pasukan itu walaupun tewas 2-0 kepada juara Piala FA 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC.

Ini kerana The City Boys menunjukkan persembahan mantap pada separuh masa pertama dan hampir-hampir mengejutkan tuan rumah menerusi Matko Zirdum dan T. Saravanan.

Walaupun tewas 2-0 pada akhirnya, kejayaan mara ke tiga aksi final selama tiga tahun berturut-turut merupakan satu pencapaian membanggakan buat KL City FC.

Advertisements

“Tiga tahun – tiga final – tiga pingat. #sampaimatikualalumpur bangga dengan kumpulan ini. Keluarga,” tulis Gallifuoco menerusi satu ciapan di Twitter.

KL City FC berharap dapat bangkit semula dari kekecewaan ini dengan mencari kemenangan ke atas Kelantan FC dalam aksi Liga Super seterusnya.

Dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri pada 29 Julai ini, ini satu peluang yang mahu dimanfaatkan Gallifuoco dan The City Boys.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram