Giancarlo Gallifuoco Yakin KL City Miliki Pengganti Sempurna Buat Kevin Mendoza
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco percaya prestasi pasukan itu tidak akan terjejas dengan pemergian penjaga gol utama mereka, Kevin Ray Mendoza.

Mendoza tidak lagi bersama pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu selepas menerima tawaran daripada kelab Indonesia, Persib Bandung.

Ini meninggalkan slot penjaga gol utama pasukan menjadi rebutan dua penjaga gol iaitu Azri Ghani dan Azim Al-Amin Kamaruddin.

Advertisements

Gallifuoco percaya kedua-duanya boleh diharap sebagai penjaga gol utama berdasarkan prestasi yang dipamerkan mereka sepanjang musim ini.

“Tapi kita bersyukur kerana kita memiliki dua penjaga gol yang hebat. Tak banyak pasukan di Malaysia memiliki penjaga gol kedua dan ketiga yang bersedia menggalas tanggungjawab (sebagai penjaga gol utama).

“Ya, ini satu babak baru buat Kevin (Ray Mendoza) dan saya ucapkan selamat berjaya kepada beliau. Tetapi ini peluang buat Azri Ghani untuk tampil dan jadi penjaga gol utama.

Advertisements

“Saya amat teruja untuk melihat beliau beraksi dengan konsisten dan capai tahap setinggi yang boleh,” katanya kepada MakanBola.

Gallifuoco ketika ini terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan patah tulang pipi.

KL City kini membuat persiapan untuk aksi mereka seterusnya menentang Kuching City FC pada 10 Disember ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram