Kevin Mendoza Sertai Kelab Indonesia, Persib Bandung
Transfer
Persib
Advertisements

Bekas penjaga gol KL City FC, Kevin Mendoza secara rasmi telah diumumkan sebagai penjaga gol baharu kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung.

Pemain kebangsaan Filipina itu menyertai The City Boys pada tahun 2021 dan mengukuhkan tempat selaku antara penjaga gol paling berjaya di Malaysia.

Beliau telah membawa pasukan yang ketika itu di bawah kendalian Bojan Hodak memasuki tiga final dalam tempoh tiga tahun iaitu Piala Malaysia 2021, Piala AFC 2022 dan juga Piala FA 2023.

Advertisements

Perlawanan menentang Kelantan United menjadi aksi terakhirnya sebelum berlepas ke Indonesia bagi menyertai Persib Bandung.

Mendoza juga akan kembali bergabung dengan bekas jurulatihnya iaitu Bojan Hodak di Indonesia.

“Mendoza akan menambah kekuatan di posisi penjaga gawang Persib,” ujar Persib pada satu hantaran rasmi.

Advertisements

Pada musim ini, penjaga gol Filipina ini sudah beraksi 900 minit bersama KL City termasuklah membantu pasukan untuk mara ke pentas akhir Piala FA dan separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Beliau dijangka akan mengambil alih posisi penjaga goo nombor satu susulan prestasi kurang memberangsangkan pilihan penjaga gol di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram