Gilir Pemain Atau Tidak, Hector Bidoglio Ada Perancangan Tersendiri
Dunia
MakanBola
hectorbidoglio
Advertisements

Pengendali Johor Darul Ta’zim, Hector Bidoglio menyatakan bahawa beliau ada perancangan tersendiri bagi menghadapi aksi kedua bertemu PJ City di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Beliau menjelaskan pasukan harus kekalkan mometum kemenangan walaupun menang selesa ke atas pasukan lawan tempoh hari. Bidoglio menitikberatkan kerjasama dalam berkumpulan supaya tidak hilang bola.

Advertisements

Jurulatih kelahiran Argentina itu turut menegaskan sesiapa sahaja yang diturunkan perlu bersedia dan faham setiap situasi yang berlaku di dalam padang agar tidak lari daripada misi utama pasukan.

“Momentum kemenangan tidak boleh terhenti walaupun kita menang selesa ke atas pasukan lawan dan mereka juga perlu terus bekerja secara berpasukan bagi melancarkan gerakan yang tersusun dan tidak hilang bola,” ujarnya.

Advertisements

“Sama ada saya akan melakukan penggiliran pemain pada aksi kedua nanti, semuanya bergantung kepada perancangan taktikal dan siapa sahaja yang bakal diturunkan faham apa yang mereka perlu lakukan di padang,” katanya kepada Berita Harian.

Untuk rekod, Hector kini sudah melengkapkan misi JDT apabila berjaya merangkul kejuaraan Liga Super dan Piala FA. Beliau semestinya mahukan kemenangan yang selesa seperti di tempat lawan tempoh hari.

Advertisements

News Comments Account