Gol Cantik Wan Kuzri Di Amerika Syarikat Buat Penjaga Gol Lawan Tergamam
Eropah
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Perancang muda berbakat Malaysia-Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal sekali lagi membuktikan kualitinya apabila mencatatkan nama selaku penjaring bersama Akron Zips.

Pemain berusia 20 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan memainkan peranan yang cukup memberangsangkan.

Advertisements

Beliau yang pernah dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad bawah 23 tahun negara kendalian Brad Maloney terus mencipta nama di Amerika Syarikat apabila membantu pasukannya menang 3-0 semalam.

Gerakan cantik Wan Kuzri telah memerangkap lawan apabila gandingan bersama rakan sepasukan untuk bermain 1-2 memberi tuah kepada Akron Zips.

Advertisements

Beliau bagaimanapun memilih untuk melepaskan satu rembatan cantik melepasi kawalan penjaga gol IPFW.

Pemain yang memiliki kelebihan untuk beraksi pada beberapa posisi ini menyaksikan pasukannya mencatatkan kemenangan mudah 3-0 pada aksi tersebut.

Advertisements

Kecemerlangan Wan Kuzri mampu memberi nilai tambah kepada skuad muda kendalian E. Elavarasan sekiranya mahu memantapkan pasukan ke Sukan SEA.

Gol Wan Kuzri: Akron Zips

Advertisements

News Comments Account