Gol Faisal Halim Ke Puskas? Bapa Minta Doa Rakyat Malaysia
Harimau Malaya
FAM & Wan/MakanBola
Advertisements

Jaringan cantik pemain sayap negara, Faisal Halim di Piala Asia 2023 telah membuka mata ramai pihak namun bapanya, Encik Halim meminta doa rakyat Malaysia sekiranya tercalon ke Puskas.

Pemain berusia 26 tahun itu berjaya membantu Harimau Malaya untuk meraih satu mata berdepan Taeguk Warriors di Qatar.

Menerusi satu temu bual bersama bapa Faisal Halim di Malaysia International Trade and Exhibition Centre hari ini, beliau hadir sebagai wakil apabila kerjasama antara Derrick Gan dan syarikat pembuatan perabot terkemuka, Johan & Joann akan menyumbang 10 peratus hasil jualan kepada Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim.

Advertisements

Beliau menzahirkan rasa bangga dan bersyukur apabila jaringan anaknya itu berjaya memenangi anugerah gol terbaik di Piala Asia 2023.

“Rasa bangga itu sudah pasti kerana beliau (Faisal) adalah salah seorang daripada anak saya tetapi dia hak untuk semua peminat bola sepak Malaysia.”

“Kita sama-sama boleh berasa bangga kerana perkara itu tidak diduga perkara itu akan berlaku (gol tercantik Piala Asia).

Advertisements

Ketika ditanya sekiranya ada rezeki untuk Faisal dicalonkan ke anugerah Puskas, ini jawapan ringkas bapanya.

“Kalau ada rezeki, InsyaAllah. Kita sama-sama memberi sokongan, kalau ada undian sama-sama undi,” ujarnya ketika ditemui pada majlis kerjasama Derrick Gan dan syarikat Johan & Joann di Mitec oleh MakanBola.

Faisal juga merupakan penjaring terbanyak Malaysia pada tahun 2023 dengan 6 gol kini sekali lagi dipanggil untuk membantu Malaysia pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman, Mac ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram