Gol Jimmy Raymond Jadi Saksi Kejayaan Anak Watan Sarawak
MakanBola
Kuching City FC
Sponsors

Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mengakui gembira apabila melihat Jimmy Raymond menyumbat gol kemenangan buat pasukan itu baru-baru ini.

The Cats meraih kemenangan kesembilan dalam Liga Super apabila menewaskan Selangor FC 2-1 di Kuching pada 16 Mac lalu.

Ad

Selepas mendahului menerusi Ramadhan Saifullah, Merah Kuning menyamakan kedudukan menerusi Mukhairi Ajmal.

Ad

Tatkala kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan tambahan, Jimmy muncul wira buat Kuching City. Sepakan beliau mengelirukan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi sebelum menerjah jaring.

Aidil menyifatkan gol tersebut cukup bermakna bukan saja buat Jimmy tetapi juga buat para penyokong.

Ad

Ini kerana ini menunjukkan anak jati Sarawak juga mampu memberi impak besar dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Ad

“”Jaringan Jimmy begitu berharga bagi ribuan penyokong yang datang dan menjadi saksi anak watan Sarawak membawa kemenangan kepada pasukan.

Ad

“Inilah bukti bahawa mereka bukan sekadar pemain untuk melengkapkan pasukan,” katanya selepas perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Kuching City kini berada di tempat ketiga liga dengan 36 mata, 10 mata di belakang Selangor.

The Cats kini mengalihkan fokus kepada aksi sukar menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 17 April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments