Advertisements
Gol Paling Santai Liga Super 2024/25?
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jaringan aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencuri tumpuan.

Skuad kendalian Hector Bidoglio beraksi cemerlang apabila menundukkan The Bos Gaurus dengan keputusan 5-0.

JDT terus melebarkan kedudukan selaku pendahulu saingan Liga Super dengan 40 mata sementara Selangor di tangga kedua dengan 29 mata.

Jaringan oleh penyerang berbisa skuad Harimau Selatan, Bergson Da Silva mencuri tumpuan peminat selepas berjaya meledak dua jaringan.

Gol yang dilakar olehnya pada minit ke-89 mencuri tumpuan selepas beliau berjaya melepaskan rembatan tanpa melihat ke arah gawang.

Peminat turut menyifatkan bahawa jaringan ini merupakan antara gol paling santai yang direkodkan bagi musim 2024/25.

4 lagi jaringan JDT direkodkan oleh Romel Morales (21′ dan 35′) manakala dua lagi oleh Bergson (24′ dan 45′).

Sebahagian pemain JDT akan menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya sebagai persediaan bagi dua aksi persahabatan Tier 1 FIFA, November ini.