Gol Wan Kuzri Buatkan Penjaga Gol Lawan Kelemasan
Dunia
Medium
Advertisements

Pemain Malaysia yang kini beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal baru-baru ini telah menjaringkan gol buat pasukannya, Akron Zips dalam perlawanan menentang Long Island University Sharks awal pagi tadi.

Gol yang dijaringkan Wan Kuzri itu terhasil pada minit ke-26 perlawanan melalui rembatan kaki kiri yang membias kepada kaki pertahanan lawan sebelum membuatkan penjaga gol lawan kelemasan sekali gus menjadikan kedudukan 1-0 memihak Akron Zips.

Gol pembukaan dari Wan Kuzri itu nyata memberikan suntikan semangat kepada pasukannya untuk memburu kemenangan. Perlawanan akhirnya ditamatkan dengan kedudukan 2-1 memihak pasukan Akron Zips.

Advertisements

Wan Kuzri merupakan antara pemain-pemain disebut-sebut untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan Malaysia suatu hari nanti. Namun sehingga kini masih tiada info lanjut mengenai perkara berkenaan.

Untuk rekod, Kuzri pernah dipanggil ke kem skuad bawah 19 tahun negara pada beberapa tahun yang lepas dan pernah menjadi sasaran skuad bawah 23 tahun negara tahun lalu namun beliau tidak dapat menyertai skuad negara disebabkan isu peribadi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram