Perjuangan Gonzalo Cabrera Bersama JDT Berakhir
Dunia
Gonzalocabreraofficial
Advertisements

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera difahamkan tidak lagi bersama pasukan Harimau Selatan pada musim hadapan setelah beliau sah meninggalkan pasukan untuk mencuba haluan baru.

Beliau yang sudah pun beraksi sejak tahun 2017 bersama pasukan difahamkan bakal mencari haluan baharu setelah memenangi pelbagai kejuaraan bersama JDT.

Menurut satu hantaran di laman rasmi Johor Southern Tigers, Cabrera yang juga menjadi penjaring terbanyak JDT dalam saingan Liga Super setelah beliau berjaya merobek gawang lawan sebanyak 43 kali selain 66 golnya dalam kesemua pertandingan menjadi aset penting buat pasukan kendalian Benjamin Mora mengekalkan mahkota kejuaraan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, pemain kelahiran Argentina ini sering menjadi mimpi ngeri buat pertahanan lawan dengan kebolehan beliau untuk menggelecek selain mempunyai kepantasan dan juga kemampuan untuk menjaringkan gol dari pelbagai sudut menjadi aset terbesar buat pemain ini.

Beliau juga telah membantu pasukan untuk meraih 11 trofi termasuklah 5 piala Liga Super, 4 Piala Sumbangsih dan juga 2 Piala Malaysia pada tahun 2017 dan 2019.

Advertisements

Pemergian beliau pastinya menjadi kehilangan yang cukup besar buat pasukan namun jasa dan sumbangan beliau memacu kejayaan pasukan pastinya bakal menjadi detik terindah buat para penyokong Harimau Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram