Graham Potter Dilantik Sebagai Pengurus Baru Chelsea
EPL
Adrian Dennis/AFP/Getty Images
Advertisements

Graham Potter dilantik sebagai pengurus baru Chelsea selepas menjadi pengurus Brighton selama tiga musim.

Potter dijangka akan mengendali pasukan untuk perlawanan EPL seterusnya menentang Fulham.

Sebelum ini, beberapa nama dicanang sebagai pengganti bos Blues yang dipecat, Thomas Tuchel. Antara nama yang dicadangkan ialah Zinedine Zidane dan Mauricio Pochettino.

Advertisements

Bagaimanapun, pemilik Chelsea Toddy Boehly melihat Potter sebagai satu-satunya calon menggantikan Tuchel di Stamford Bridge.

Beliau memulakan karier pengurusannya di Ostersunds FK (Sweden) sekitar 2010. Dalam tempoh lapan tahunnya bersama OFK, Potter membawa mereka dari divisyen empat ke divisyen satu Sweden.

Advertisements

Beliau turut membantu OFK menjulang Piala Sweden pada 2017 dan layak ke peringkat kalah mati Liga Europa.

Potter kemudiannya dilantik sebagai pengurus Swansea pada Jun 2018 sebelum dilantik sebagai pengurus Brighton menggantikan Chris Hughton setahun kemudian.

Advertisements

Tempoh tiga tahunnya di Seagulls menyaksikan kelab menduduki tempat ke-15, ke-16 dan kesembilan EPL. Musim ini menyaksikan Brighton menduduki tangga keempat liga di hadapan Manchester United.

Potter dikenali dengan strategi permainan menyerang dan fleksibel bersama Brighton.

Advertisements

Beberapa staf Brighton dijangka menyertainya di Stamford Bridge. Dua nama disebut-sebut iaitu jurulatih pasukan utama Billy Reid dan penganalisis perpindahan pemain Kyle Macaulay.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram