Advertising
“Guinea Sepatutnya Menang 3-0 Ke Atas Indonesia ” – Kaba Diawara
MakanBola
FGF

Ketua jurulatih Guinea, Kaba Diawara berpendapat anak buahnya layak meraih kemenangan lebih besar ke atas Indonesia dalam aksi penentuan slot Olimpik 2024 Paris.

Guinea berjaya menewaskan Indonesia dalam aksi tersebut dengan jaringan tipis 1-0 hasil jaringan sepakan penalti bintang muda, Ilaix Moriba.

Ad

Jurulatih berusia 49 tahun itu merasakan terdapat banyak peluang yang disia-siakan anak buahnya dalam aksi menentang Indonesia dan mengakui pemain Guinea harus lebih efisien.

Ad

“Kami tahu ini akan menjadi sukar tetapi kami juga tidak membuat perlawanan menjadi mudah kerana kami memiliki banyak peluang di babak pertama. Sama ada pasukan senior mahupun junior, masalahnya sama iaitu masalah efisiensi lagi.”

“Kami sepatutnya mampu mengakhiri perlawanan dengan jaringan 3-0. Saya sering mengulangi bahawa skuad ini perlu lakukan perubahan kerana kita akan ke Olimpik dengan pasukan-pasukan hebat, jadi jika kita bersahaja, kita akan mengalami masalah besar.”

Ad

“Kami harus menikmatinya, kami telah menempuh perjalanan yang panjang. Kami harus memberikan penghormatan kepada para pemain yang berjaya meraih kemenangan. Ini tidak mudah, kami bekerja keras untuk mendapatkan kemenangan ini. Tahniah buat mereka semua.” ujar Kaba Diawara.

Ad

Guinea mengesahkan slot terakhir ke sukan Olimpik 2024 yang bakal diadakan di Paris pada Julai kelak. Iraq, Jepun dan Uzbekistan bakal menjadi pasukan dari Asia yang melayakkan diri ke Olimpik Paris.

Ad