Habib Haroon: Bermain Atau Tidak, Itu Keputusan Jurulatih
AFC Cup
Terengganu FC
Advertisements

Status kecederaan kapten pasukan Terengganu, Habib Haroon masih menjadi tanda tanya apabila beliau tidak dibenarkan menjalani sesi latihan kelmarin.

“Saya mengalami sedikit kecederaan ketika aksi separuh akhir menentang KL City tempoh hari. Saya ingin menjalani sesi latihan kelmarin namun tidak dibenarkan oleh doktor.” ujar Habib dalam sidang media pra perlawanan Terengganu menentang Stallion Laguna.

Pemain berusia 23 tahun itu menjadi antara tonggak penting Terengganu dibahagian tengah pasukan untuk musim ini.

Advertisements

Habib Haroon telah melakukan 17 penampilan liga bersama Terengganu musim ini dan telah menyumbang 1 bantuan jaringan.

Pemain kelahiran Bahrain itu turut memberitahu akan menjalani sesi pemeriksaan untuk menilai kembali tahap kecergasan beliau.

“Saya akan menjalani sesi pemeriksaan hari ini. Sama ada yang boleh bermain atau tidak itu bergantung kepada keputusan ketua jurulatih.” tambah beliau lagi.

Advertisements

Habib turut mengakui amat penting untuk kekal fokus menjelang aksi ketiga Piala AFC kerana dalam sukan bola sepak apa-apa boleh berlaku.

Terengganu bakal menentang Stallion Laguna di laman keramat Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada pukul 4 petang untuk aksi ketiga kumpulan G.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram