AFC Cup
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu FC akan meneruskan perjuangan mereka di Piala AFC apabila dijadualkan bertemu wakil Australia, Central Coast Mariners (CCM) pada esok 29 November jam 4 petang.

Advertisements

Bagi kapten Terengganu, Habib Haroon, beliau dan rakan sepasukannya tidak sabar untuk menghadapi perlawanan esok walaupun Terengganu kini mengalami krisis kecederaan pemain yang meruncing.

“Ya, ia salah satu tempat terbaik yang saya pernah kunjungi. Australia satu tempat yang bagus sejak saya datang (ke sini) semalam. Ya, kami tidak sabar menantikan perlawanan esok.

Advertisements

“Ya, sebagai kapten macam jurulatih (Tomislav Steinbruckner) katakan, kita ada ramai pemain yang cedera dalam pasukan. Tapi sasaran kita ialah kejohanan ini (Piala AFC) dan Piala Malaysia. Kita sangat teruja beraksi di sini kerana mereka (Central Coast Mariners) merupakan antara pasukan terbaik dalam kejohanan,” tegas Habib dalam satu sidang media pra perlawanan.

Terengganu tidak mempunyai banyak pilihan di barisan pertahanan apabila empat pemainnya dilaporkan mengalami kecederaan.

Advertisements

Empat pemain tersebut adalah Azam Azmi Murad, Alif Zakaria, Safwan Mazlan dan Shahrul Nizam Ros Hasni. Keempat-empat pemain ini sering menjadi kesebelasan utama buat Terengganu untuk musim 2023 ini.

Dengan pilihan semakin mengecil, Tomislav Steinbruckner dijangka akan menurunkan pemain muda, Ubaidullah Shamsul untuk membentuk gandingan bersama Sardor Kulmatov ataupun Argzim Redzovic pada perlawanan genting esok.

Terengganu kini berada di tangga kedua Kumpulan G Piala AFC dengan mengumpul 8 mata. Central Coast Mariners kini berada di tangga teratas Kumpulan G dengan mengumpul 9 mata.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram