Habib Haroon Tolak Tawaran Mewah
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pemain import Terengganu FC, Habib Haroon baru sahaja menandatangani kontrak baharu yang menyaksikan pemain berusia 22 tahun itu akan kekal menyarung jersi keramat ‘Hitam Putih’ musim hadapan.

Habib merupakan pemain import kedua yang disahkan beraksi buat Terengganu musim hadapan selepas pemain antarabangsa Haiti, Sony Norde menyertai pasukan yang akan dikendalikan jurulatih baharu, Tomislav Steinbruckner. Habib yang berasal dari Bahrain dikatakan telah menolak beberapa tawaran lumayan dari kelab Liga Super yang lain untuk kekal setia di Terengganu.

Dalam masa yang sama, Habib mengatakan bahawa ini adalah cara beliau membalas kepercayaan kelab terhadap dirinya selama beliau berkhidmat bersama Terengganu, dan semestinya untuk membalas pengorbanan yang telah penyokong lakukan bersama beliau dan pasukan terutamanya pada musim ini.

Advertisements

Selain itu, Habib juga berasa sangat selesa untuk berada di Terengganu dengan suasana di negeri ini dan tiada permasaalahan sepanjang beliau beraksi bersama kelab ini.

Difahamkan Haibib merupakan satu-satunya pemain import yang dikekalkan untuk musim hadapan dengan menyaksikan trio import mereka iaitu Kpah Sherman, Tchetche Kipre dan Manuel Ott disahkan meninggalkan pasukan. Manakala status pemain pertahanan import, Pape Diakite masih menjadi tanda tanya di kalangan peminat Terengganu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram