Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Sze Fei menerima ‘durian runtuh’ bernilai hampir setengah juta ringgit.
Habuan besar ini diraih oleh pasangan beregu lelaki negara setelah muncul juara China Open 2024 setelah menewaskan jaguh tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi 3 set.
Di awal permainan, Izzuddin-Sze Fei bermula agak perlahan apabila lawan dari China itu mengutip mata demi mata untuk jauh meninggalkan wakil negara sebelum menang 21-13 di set pertama.
Kebangkitan cuba dilakukan Izzuddin-Sze Fei dan misi itu berhasil apabila pihak lawan, Ren Xiang Yu seakan bergelut dengan kecederaan sekaligus mengheret aksi ke set ketiga.
Di set penentuan, Izzuddin-Sze Fei tidak memberi sebarang peluang buat Ji Ting-Xiang Yu dengan asakan bertali arus sekaligus muncul pemenang dengan keputusan 21-17.
Aksi di gelanggang pertama berakhir dengan keputusan 13-21, 21-12, 21-17 buat Nur Izzuddin-Goh Sze Fei.
Selaku juara, Nur Izzuddin-Sze Fei berjaya membawa pulang wang tunai bernilai USD148,000 atau RM497,889.00 setelah ditolak cukai sebanyak 20% selain 13,500 mata ranking.
Dengan kejayaan ini, Izzuddin-Sze Fei mengakhiri penantian selama 35 tahun bagi melihat wakil negara membawa pulang kejuaraan China Open dalam acara beregu lelaki.
Kali terakhir wakil beregu lelaki negara muncul juara China Open adalah pada tahun 1989 yang ketika itu dimenangi oleh pasangan adik beradik, Jalani Sidek-Razif Sidek