China Open: Nur Izzuddin-Goh Sze Fei Muncul Juara, Akhiri Kemarau 35 Tahun
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei mengakhiri penantian 35 tahun dengan memenangi China Open 2024 setelah menewaskan pasangan tuan rumah pada Ahad.

Selepas cemerlang menyingkirkan wakil Indonesia di separuh akhir, Izzuddin-Sze Fei bakal berdepan halangan terakhir dari pasangan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu sebelum bergelar juara.

Advertisements

Berdasarkan rekod pertemuan, wakil China ini mencatat dua kemenangan dalam 3 pertemuan berdepan Izzuddin-Sze Fei termasuklah dalam aksi terakhir di Singapore Open pada Mei lalu.

Permainan bermula baik buat pasangan China ini apabila berjaya mematikan setiap serangan ke arah wakil negara untuk mendahului 11-3 dan Ji Ting-Xiang Yu menang 21-13.

Bersambung di set kedua, kebangkitan cuba dilakukan oleh Izzuddin-Sze Fei dan misi itu berhasil apabila lawan seakan bergelut dengan kecederaan sekaligus mengheret aksi ke set ketiga.

Advertisements

Di set penentuan, permainan kian rancak ditampilkan kedua-dua pasangan sehingga mata terikat 8-8 di pertengahan aksi sebelum Izzuddin-Sze Fei menoktahkan kemenangan.

Aksi di gelanggang pertama berakhir dengan keputusan 13-21, 21-12, 21-17 buat Nur Izzuddin-Goh Sze Fei.

Advertisements

Dengan kejayaan ini, Izzuddin-Sze Fei mengakhiri penantian selama 35 tahun bagi melihat wakil negara membawa pulang kejuaraan China Open dalam kategori beregu lelaki.

Kali terakhir wakil beregu lelaki negara muncul juara China Open adalah pada tahun 1989 yang ketika itu dimenangi oleh pasangan adik beradik, Jalani Sidek-Razif Sidek.

Advertisements

News Comments Account