Dunia
Hadi Fayyadh
Advertisements

Perkembangan yang sangat memberangsangkan buat penyerang muda negara yang beraksi di Liga Jepun, Hadi Fayyadh yang mengesahkan bahawa beliau sudah hampir cergas sepenuhnya setelah dibelenggu kecederaan yang memaksa beliau untuk berehat panjang.

Penyerang berusia 21 tahun ini telah mengalami kecederaan ACL yang menyebabkan beliau tidak dapat beraksi bersama kelabnya, Azul Claro Numazu FC yang kini sedang bersaing di liga ketiga negara matahari terbit itu.

Sungguhpun begitu, bekas pemain Johor Darul Ta’zim ini telah pulih daripada kecederaannya sambil pernah menyatakan bahawa teknologi dan rawatan yang disediakan di sana telah membantu beliau untuk pulih dalam waktu yang terdekat.

Advertisements

Dalam satu hantaran yang telah dikeluarkan oleh kelab beliau sendiri, Hadi dilihat sudah turun untuk menjalani latihan bersama pasukannya dan dilihat sudah hampir mencapai tahap kecergasan terbaiknya.

Ini jugalah telah dikongsikan oleh pemain itu sendiri yang membalas satu komen oleh penyokong yang berharap dapat melihat kelibat pemain itu beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

Beliau yang meninggalkan komen sambil menyatakan waktunya semakin tiba untuk kembali beraksi di atas padang.

Advertisements

Setelah hampir 3 tahun berkelana di negara tersebut, bekas penyerang skuad bawah 23 tahun negara itu mengakui sudah selesa berada di sana dan mahu kekal selama mungkin untuk merebut peluang dalam persaingan yang cukup kompetitif di sana.

Ini juga bakal menambah lagi pilihan pemain yang boleh dinilai kemampuannya untuk dibawa ke pertandingan Piala Suzuki AFF yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram