Hadi Fayyadh Mahu Utamakan Minit Permainan Jika Sertai Kelab Baharu
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Hadi Fayyadh masih belum memutuskan sama ada terus kekal bersama Perak atau bakal berpindah ke kelab lain bagi musim 2024.

Penyerang berusia 24 tahun itu masih memikirkan pilihan terbaik buat dirinya dalam berkembang menjadi penyerang yang lebih tajam bagi musim hadapan.

Hadi masih lagi bergelar pemain Perak setelah mempunyai baki kontrak selama setahun sejak menyertai pasukan itu pada Januari 2023.

Advertisements

Namun pada tahun lalu Hadi memilih menyertai PDRM pada bulan Jun dalam mendapatkan minit permainan yang lebih banyak.

Kini nasib beliau sekali lagi menjadi tanya sama ada kekal bersama Perak atau berhijrah ke pasukan lain untuk saingan bola sepak Malaysia bagi musim 2024.

“Saya akan pertimbangkan mana yang terbaik untuk saya. Matlamat saya tahun ini adalah untuk menjadi pemain yang lebih baik.”

Advertisements

“Saya harap yang paling penting ialah minit permainan. Liga juga semakin kompetitif sekarang ini jadi saya sasarkan jika ada peluang yang lebih baik untuk saya beraksi dengan bimbingan yang betul, itu akan jadi yang terbaik buat saya.” ujar Hadi menurut Astro Arena.

Hadi Fayyadh merekodkan 3 bantuan jaringan dan 1 jaringan pada musim lalu sewaktu menyarung jersi Perak dan juga PDRM.

Hadi Fayyadh melakukan kejutan pada awal tahun lalu apabila menyertai Perak daripada kelab Jepun, Fagiano Okayama untuk bekerjasama dengan jurulatih Lim Teong Kim.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram