Hadi Fayyadh Pulang Ke Malaysia, Sertai Lim Teong Kim Di Perak
Dunia
Perak FC
Advertisements

Dengan saingan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi, Perak berusaha memantapkan kesebelasan utama mereka. Dan terbaru, penyerang negara yang pernah beraksi di Liga Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak menyertai skuad The Bos Gaurus itu.

Sebelum ini, sudah ada ura-ura mengatakan Hadi Fayyadh tidak lagi bersama kelab lamanya, Azul Claro Numazu (secara pinjaman) dan Fagiano Okayama selepas senarai pemain kedua-dua pasukan dikeluarkan semalam.

Tetapi tidak ada satu ura-ura yang menyatakan pasukan tempatan mana yang berjaya menyambar khidmatnya. Hari ini, dia diperkenalkan secara mengejut kepada media dan penyokong Perak dalam majlis pelancaran jersi-jersi baru pasukan itu.

Advertisements

Kehadiran Hadi Fayyadh bakal memperkuatkan jentera serangan The Bos Gaurus. Dia dijangka bergandingan dengan bekas penyerang kebangsaan Nigeria, Christian Obiozor untuk merobek gawang lawan untuk musim liga 2023.

Selain Hadi Fayyadh dan Obiozor, pemain muda Muhd Alif Zikri Zaini Anuar turut menjadi sandaran The Bos Gaurus di bahagian serangan musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram