Perak Umum Christian Obiozor Selaku Import Baru
Dunia
Maghrib Foot
Advertisements

Ura-ura siapa penyerang import baru Perak FC akhirnya terjawab hari ini. Skuad The Bos Gaurus memperkenalkan Christian Obiozor sebagai penyerang import baru mereka untuk saingan Liga Super musim depan.

Pengumuman penyertaan Obiozor ini dibuat Perak menerusi video di saluran YouTube rasmi mereka hari ini. Status perpindahan tersebut turut didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran.

Dia pernah beraksi bersama beberapa pasukan utama benua Afrika seperti Enyimba, Enugu Rangers, Kano Pillars dan Stade Gabesien. Sebelum dikaitkan dengan pasukan Perak, pasukan terakhir Obiozor ialah pasukan Tadamon Sour dari Lubnan.

Advertisements

Menariknya, dia juga pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan Nigeria yang menduduki tempat ketiga Kejohanan Negara-Negara Afrika 2014. Super Eagles yang ketika itu dibimbing Stephen Keshi menewaskan Zimbabwe untuk penentuan tempat ketiga/keempat dengan Obiozor sebagai penjaring tunggal perlawanan.

Obiozor dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri dengan skuad The Bos Gaurus. Ini disebabkan kehadiran pemain import dan rakan senegara, Sunday Afolabi yang dikekalkan pengurusan Perak untuk saingan liga musim depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram