Christian Obiozor Pemain Import Baru Perak?
Dunia
Maghrib Foot
Advertisements

Beberapa hari lepas, wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran mendedahkan Perak cuba mendapatkan seorang pemain import baru tetapi tidak mendedahkan namanya. Ini membuatkan penyokong Bos Gaurus tertanya-tanya siapa pemain tersebut. Hari ini, identiti pemain tersebut telah didedahkan iaitu penyerang Nigeria, Christian Obiozor.

Ini selepas Avineshwaran menaikkan satu ciapan gambar penyerang tersebut di Twitter hari ini. Beberapa penyokong yang membuat carian imej tersebut mendapat nama Obiozor di enjin carian internet.

Obiozor, 28, pernah beraksi bersama beberapa pasukan utama benua Afrika. Ini termasuklah Enyimba, Enugu Rangers, Kano Pillars dan Stade Gabesien. Sebelum dikaitkan dengan pasukan Perak, pasukan terakhir Obiozor ialah pasukan Tadamon Sour dari Lubnan.

Advertisements

Menariknya, dia juga pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan Nigeria yang menduduki tempat ketiga Kejohanan Negara-Negara Afrika 2014. Super Eagles yang ketika itu dibimbing Stephen Keshi menewaskan Zimbabwe untuk penentuan tempat ketiga/keempat dengan Obiozor sebagai penjaring tunggal perlawanan.

Skuad Bos Gaurus yang dibimbing Lim Teong Kim pastinya mengharapkan sentuhan berbisa Obiozor sebagai peledak utama pasukan. Dan bekas penyerang Enyimba itu dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri kerana rakan senegara Sunday Afolabi turut beraksi bersama Perak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram