Hadiah Kasut Bernilai RM3800, Jose Mourinho Tepati Janji Kerana Felix Gyan Jaringkan Gol
Serie A
Jose Mourinho Pics
Advertisements

Ibarat seorang bapa dan anak, Jose Mourinho menunaikan janjinya kepada pemain mudanya, Felix Afena-Gyan kerana menjaringkan gol dalam satu perlawanan Serie-A menentang Genoa di Luigi Ferraris.

Lebih manis lagi, perlawanan menentang Genoa merupakan perlawanan ke-3 pemain muda Ghana berusia 18 tahun tersebut yang sebelum ini bakatnya dikenal pasti dari skuad remaja AS Roma sendiri.

Beliau turut menjaringkan dua gol cantik pada minit-minit terakhir perlawanan sekaligus menjadi wira buat AS Roma mengukuhkan kedudukan di tempat ke-5 Serie A selepas 13 perlawanan.

Advertisements

Sebelum ini Jose Mourinho berjanji akan menghadiahkan kasut mahal kepada Felix dan beliau akhirnya menunaikan janji tersebut dengan pemberian sepasang kasut bernilai RM3800.

Felix Gyan merupakan prospek bintang muda AS Roma yang dibawa masuk ke skuad senior sejak bulan Mac 2021 oleh Jose Mourinho.

Rumusan perlawanan Genoa 0-2 AS Roma

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram