Ads
Hafizh Syarin Gembira Walau Dihimpit Tragedi Ketika Latihan
UltraSukan
JDT Racing Team

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah tetap gembira meskipun ditimpa kemalangan semasa menjalani sesi latihan bebas di Mandalika, Indonesia.

Advertisements

Pendahulu kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000) Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 itu berjaya merekodkan catatan masa 1 minit 36.482 saat (s) untuk catatan ketiga terpantas sesi ketiga latihan bebas.

Advertisements

Semasa sesi pertama latihan bebas, Hafizh yang mewakili JDT Racing Team ditimpa malang apabila mengalami kemalangan semasa menjalani sesi berkenaan.

Advertisements
Advertisements

Meskipun mengakui ini bukan permulaan yang dimahukannya, beliau berharap dapat mempamerkan prestasi cemerlang dalam sesi kelayakan dan perlumbaan ASB1000.

“Secara keseluruhan pada hari pertama, kita gembira dengan keputusan (catatan masa sesi latihan bebas). Walaupun pada pagi ini, kita mengalami kemalangan dan sudah pasti badan masih dalam kesakitan.

Advertisements

“Lepas itu kita baru pulang dari perlumbaan (Suzuka) 8 Hours dan campur dengan kesakitan ini, ini bukan satu permulaan yang baik untuk hujung minggu ini. Apa pun, saya akan cuba dapatkan pemulihan yang baik pada malam ini agar dapat bersedia untuk kelayakan esok.

“Benar, kita ada ruang untuk penambahbaikan tapi pada sesi tengah hari, kita telah menunjukkan kemajuan. Kita akan lihat esok dan kita akan cuba bersaing dalam perlumbaan pertama (ASB1000),” katanya di platform rasmi pasukan itu.

Hafizh bukan satu-satunya pelumba negara yang mengalami kemalangan dalam sesi latihan bebas ASB1000 di Mandalika. Pelumba negara yang mewakili Honda Asia Dream Racing Team, Zaqhwan Zaidi turut mengalami kemalangan semasa sesi ketiga sesi latihan bebas.

Nasib sama turut menimpa pelumba Malaysia yang beraksi dalam kategori Underbone 150 (UB150), Nazirul Izzat Bahauddin. Disebabkan kemalangan yang dialaminya itu, beliau tidak diisytiharkan cergas untuk berlumba sekaligus perlu melupakan perlumbaan di Mandalika.

Pelumba Jepun, Soichiro Minamimoto yang mewakili Yamaha Tekhne Racing Team ASEAN mencatatkan catatan masa terpantas iaitu 1:36.305 s. Beliau diekori rakan senegara yang mewakili SDG Team HARC-PRO Honda, Yuki Kunii yang merekodkan catatan masa 1:36.442 s.

Advertisements

Sesi kelayakan dan perlumbaan pertama ASB1000 akan berlangsung pada 27 Julai ini. Sementara perlumbaan kedua kategori berkenana akan berlangsung pada 28 Julai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram