Hai-O Optimis Kudrat Shahrel dan Syafiq Sungguhpun Kurang Minit Permainan
Dunia
Football Association of Malaysia
Advertisements

Bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar baru-baru ini telah tampil mengulas sedikit sebanyak berkaitan prestasi penyerang skuad Harimau Malaya.

Menurut laporan daripada Harian Metro, Hairuddin Omar menyifatkan bahawa Guilherme De Paula tidak boleh terus diberikan harapan untuk mengetuai jentera serangan pasukan berikutan faktor umurnya yang sudah berusia. Hai-O menganggap pemain itu sudah hilang ‘taringnya’ untuk meledak gol buat pasukan kebangsaan.

Bekas penyerang berbisa ini turut berpendapat bahawa skuad kebangsaan masih mempunyai penyerang tulen seperti Shahrel dan Syafiq Ahmad. Namun faktor kurang minit bermain dan kecederaan yang menimpa pemain ini sedikit sebanyak telah menjejaskan prestasi pemain itu.

Advertisements

“Kita ada penyerang lain seperti Shahrel Fikri, Darren Lok dan Syafiq Ahmad. Pemain ini memang bagus cuma ada antaranya kurang minit perlawanan dan saya juga tidak tahu tahap keupayaan fizikal masing-masing.

Mengulas lanjut, Hairuddin yang lebih mesra disapa Hai-O turut menyuarakan nama Darren Lok untuk dijadikan sebagai penggempur utama Harimau Malaya.

“Shahrel bagus dan ada potensi besar namun dibelenggu pula masalah kecederaan. Syafiq pula rajin di atas padang namun bukanlah penyerang tulen manakala Darren jarang dapat panggilan skuad kebangsaan,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, Hairuddin Omar mengharapkan penubuhan akademi dapat diteruskan dan diperkembangkan kerana ia amat membantu dalam melahirkan pemain terbaik tempatan. Penyerang prolifik juga dilihat mampu dihasilkan melalui pembangunan akar umbi.

“Sekarang ini kita hanya mengharapkan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Terengganu, Selangor dan JDT saja untuk menghasilkan pemain berkualiti dan terbaik namun bagaimana pula dengan kelab Liga Malaysia yang lain.

“Oleh itu, pihak berkenaan perlu melakukan sesuatu untuk menghasilkan penyerang prolifik kerana dalam tempoh lima atau enam tahun kebelakangan ini tiada yang boleh mengisi posisi itu walaupun di kalangan pemain muda,” jelas Hai-O.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram