Haikal Nazri ‘Belanja’ Dialek Kelantan Depan Orang China
UltraSukan
SPOTV Malaysia
Advertisements

Pemain beregu lelaki negara, Haikal Nazri buat peminat badminton Malaysia tidak kering gusi bila bertutur menggunakan dialek Kelantan.

Perkara ini berlaku semasa beliau dan regunya, Choong Hon Jian ditemubual SPOTV Malaysia selepas tamat perlawanan Thomas Cup 2024 antara Malaysia dan Algeria semalam.

Haikal pada awalnya terkejut bila diminta bercakap dalam loghat Kelantan oleh wartawan SPOTV Malaysia.

Advertisements

Dengan sedikit galakan daripada Hon Jian, anak jati Kelantan itu kemudiannya berkata, “Kepada peminat-peminat badminton Malaysia, harap semua boleh beri sokongan padu kepada pasukan Malaysia.”

Sebaik mendengar apa yang dikatakan Haikal, reaksi Hon Jian yang bertanya sama ada itu loghat Kelantan atau tidak membuatkan peminat badminton tidak kering gusi.

Advertisements

Haikal-Hon Jian membantu Malaysia melakar kemenangan kedua dalam Kumpulan D dengan menewaskan Algeria 5-0.

Haikal-Hon Jian yang diturunkan sebagai regu pertama mudah mengatasi regu Algeria, Sifeddine Larbaoui-Abdelaziz Ouchefoun dengan keputusan 21-8 21-3.

Advertisements

Kemenangan ini sudah cukup membantu negara menempah tiket ke suku akhir Thomas Cup 2024.

Selepas ini, Malaysia bakal berdepan dengan Denmark dalam aksi ketiga kumpulan pada 30 April untuk penentuan juara Kumpulan D.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram