Advertising
Hairuddin Omar Bakal Sertai Harimau Malaya?
MakanBola
Terengganu FC

Bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar dilaporkan bakal menyertai barisan kejurulatihan Harimau Malaya.

Selepas Peter Cklamovski sah mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya, ramai penyokong ingin tahu siapa yang bakal menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan beliau.

Ad

Sebelum ini, nama bekas penolong jurulatih Adelaide United, Mark Miligan dilaporkan bakal menjadi penolong jurulatih Cklamovski.

Ad

Ini selepas bekas pemain import Selangor FC, Rob Cornthwaite melaporkan bekas pemain Australia berusia 39 tahun itu telah menerima tawaran Harimau Malaya.

Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan Hairuddin bakal meninggalkan kedudukannya sebagai penolong jurulatih Terengganu FC. Beliau dijangka memperkuat staf kejurulatihan Cklamovski.

Ad

“Hairuddin Omar beri bayangan tinggalkan Terengganu dan difahamkan akan perkuat barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya,” katanya di X.

Ad

Sekiranya situasi itu menjadi kenyataan, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi memaklumkan posisi Hairuddin bakal diisi bekas pemain pertahanan Peteh, Rosdi Talib.

Ad

“Rosdi Talib kini ambil tempat yang ditinggalkan Hairuddin Omar selaku penolong Ketua Jurulatih Terengganu,” katanya.

Hairuddin pernah beraksi untuk Terengganu, Sri Pahang FC, Negeri Sembilan FC, T. Team (kini Terengganu FC II), ATM FC dan Kelantan FC. Beliau juga pernah mewakili Harimau Malaya sebanyak 54 kali di peringkat antarabangsa.

Ini bukan kali pertama Hairuddin bersama skuad kebangsaan. Sebelum ini, beliau pernah menggalas tugas penolong jurulatih untuk skuad Malaysia Bawah 17 Tahun (B-19) dari 2017 hingga 2018.