Hairuddin Omar Gilap Seorang Lagi Permata Muda Terengganu

Terengganu Syahmi Zamri Hairuddin Omar Gilap Seorang Lagi Permata Muda Terengganu
Terengganu FC
Nik Faris @nikfalovic
3:52pm 13/08/2023

Ketua jurulatih Terengganu ll, Hairuddin Omar melakukan satu tugas yang cukup penting bersama pasukan apabila berjaya menggilap seorang lagi prospek muda berbakat di sana.

Pasukan muda Terengganu mengharungi kempen yang cukup memberangsangkan dalam saingan Piala MFL dalam aksi Kumpulan A.

Mereka berjaya muncul selaku juara kumpulan selepas 14 perlawanan dengan meraih 11 kemenangan penting.

Ketika ini, Terengganu ll kembali bersaing dalam satu kumpulan yang sama dengan pasukan dari Kumpulan B dan kekal memdominasi.

Aksi yang mencuri tumpuan minggu lalu melibatkan pertembungan Terenganu ll berdepan JDT ll dengan sentuhan Hairuddin memastikan pasukannya membawa pulang 3 mata.

Pemain yang mencuri tumpuan adalah kelibat penyerang lincah pasukan, Syahmi Zamri.

Beliau menjadi watak penting pada perlawanan tersebut apabila menjeringkan gol yang cukup cantik menerusi rembatan ke penjuru gawang.

Kelincahan pemain berusia 23 tahun ini banyak memberi masalah kepada pertahanan JDT ll sekaligus memastikan kemenangan berharga kepada pasukan.

Bekas pemain PJ City ini juga sudah beberapa kali mendapat kepercayaan ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner apabila beraksi dalam beberapa perlawanan Liga Super.

Syahmi juga sudah diturunkan oleh Terengganu dalam saingan Piala Malaysia berdepan KL Rovers tempoh hari.

Kecemerlangan pemain bertubuh kecil ini sudah pasti akan terus ditagih oleh membentuk jentera serangan ampuh bagi mengemudi Terengganu ll terus di puncak.

Setakat ini, beliau sudah menjaringkan 6 gol dan memjadi penjaring terbanyak pasukan dalam saingan Piala MFL.