Hamidin Dengar Rintihan Rakyat, Harga Tiket Piala AFF Turun Lagi
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini telah membuat satu lagi penurunan harga bagi tiket perlawanan Piala AFF apabila penyokong boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM 30.

Sebelum ini, timbul pelbagai persoalan mengenai harga tiket yang dianggap tidak berpatutan bagi penyokong untuk hadir ke stadium.

Namun begitu, selepas meneliti beberapa perkara, FAM menerusi kenyataan oleh Presidennya iaitu Dato’ Hamidin Mohd Amin menjelaskan bahawa kata sepakat telah pun dicapai.

Advertisements

“Selepas menerima pelbagai reaksi daripada penyokong Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa harga tiket bagi dua perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang Laos dan Singapura akan diturunkan kepada serendah RM30.”

FAM dilaporkan terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana pelbagai faktor.

“Peningkatan harga tiket bagi edisi 2022 ini berbanding edisi 2018 terpaksa dibuat oleh FAM disebabkan peningkatan kos-kos berkaitan dalam tempoh empat tahun ini termasuk kos pengurusan dan penganjuran perlawanan.”

Advertisements

“Sebagai Presiden FAM, saya perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya kerana kita mahu meningkatkan prestasi Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon ketika ini dapat berjalan seiring dengan sokongan padu kehadiran penyokong di stadium pada setiap perlawanan,” jelasnya.

Beliau berharap agar usaha ini dapat membantu meningkatkan jumlah kehadiran penyokong ke stadium kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram